MATLAMAT BLOG INI DAN KITA

Firman Allah bermaksud:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN dan BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN.” (Surah al-’Asr, ayat 1-3)


Sabda Rasulullah SAW bermaksud:

"Agama itu NASIHAT. Agama itu NASIHAT. Agama itu NASIHAT Maka sahabat pun bertanya: Kepada siapa? Jawab Baginda: Kepada Allah, kepada Kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada pemimpin kaum muslimin dan juga ORANG AWAM MUSLIMIN.” (Hadis riwayat Muslim)

Thursday, 10 May 2012

Sebuah Jawapan. (Hukum Hudud hukum Orang Hutan)


BismillahirRahmanirRahim.


Baru-baru ini saya telah mendengar tazkirah dari seorang Ustaz. Beliau telah menceritakan bahawa pada 1970-an telah diadakan sebuah perjumpaan antara intelektula Islam dan non muslim. Kemudian seorang non Muslim telah bertanya kepda seluruh intelektual Islam. 


'Hukum hudud di dalam ajaran Islam sangat bersifat hukuman orang hutan.'


Kemudian seorang Muslim bangkit dan berdiri di pentas. Lalu menjawab.


'Ya, kita semua manusia bertamadun. Kita berusaha setiap hari mengumpulkan harta. Tiba-tiba ada orang mencuri dan merompak harta kita. Ini bukan manusia. Ini orang hutan yang tiada rasa belas kasihan. Maka sesuailah hukum hudud ujtuk mereka ini.'

Thursday, 8 March 2012

RASA TERKESIMA - BILA DITIMPA UJIAN, MAKA SENYUMLAH =)



Assalamualaikum sahabat-sahabat Bloggers,

SILA LIHAT INI > CLICK HERE

Selalu mengeluh, menyalahkan takdir, bersangka buruk dengan Allah. Mengapa perlu semua ini. Sesungguhnya, cermin diri kita balik. Sudah berapa lama tidak menadah tangan meminta dari Allah. Allah merindui rintihan hambaNya kepadaNya.

SILA KLIK INI, SANTAI2 SEKETIKA > CLICK HERE

Thursday, 1 March 2012

RASA TERKESIMA : CERITA 2 ORANG MEKANIK NASA


Assalamualaikum sahabat-sahabat bloggers,


Sudah lama tidak menulis di blog terkesima dan terpegun. Hari ini rasa terpanggil untuk berkongsi pandangan dan nasihat. Aku bercita-cita nak mencetus inspirasi kebaikan dalam jiwa semua reader yang singgah di sini. InsyaAllah. ( Klik Sini )


KAMI MENUJU ISS




Korang semua ingat tak Malaysia satu masa dulu pernah menghantar Angkasawan Pertama ke International Space Centre (ISS). Satu tepukan untuk Malaysia. Haha. Even tak lama Syeikh Muzhaffar ada kat sana. Apa yang penting rendang dah berjaya di bawa keluar dari Bumi. Harap-harap adalah Alien yang suka. Banyak isu yang bangkit selepas kepulangan beliau. Ada dengar beliau tidak diiktiraf sebagai angkasawan tetapi sebagai pelancong angkasa. Itu tak penting, apa yang penting pengalaman beliau dalam berkongsi panorama angkasa ciptaan Ilahi adalah lebih hebat. (Klik Sini)


Teringat angkasa teringat NASA. Sangat hebat dalam inovasi aerospace. Apa-apa pun, aku teringat sebuah hadith nabi yang diriwayatkan oleh HR Muslim, Sabda Rasulullah :


' Janganlah kalian menganggap remeh kebaikan itu, walaupun itu hanya bermuka cerah kepada orang lain '


Bermuka cerah di sini adalah senyum. Just smile on your face. Senyum ini boleh memberi rasa seronok kepada kita juga kepada orang yang melihat kita. Apa-apa yang dikerjakan senyum. Ada kelebihannya. Aku teringat sebuah cerita tentang rasa ikhlas dalam bekerja apabila kita senyum. Aku dengar cerita ni pun dari ceramah oleh CEO DCL Dato' Stapa Bin Omar. Best cerita ni.


MEKANIK BERMUKA MASAM


Pada suatu hari, telah datang seorang pelawat ke bilik roket di Pusat NASA. Beliau berjalan-jalan melihat pekerja seperti mekanik dan lain-lain sedang membuat kerja masing-masing. Lalu beliau pergi ke arah seorang mekanik yang bermuka agak  limau sikit. Maksudnya masamlah. Beliau menyapa mekanik tersebut. ' What are you doing ? '. Mekanik tadi menjawab, ' I do to tight this screw, if i dont do this, how can i get my money '. Pelawat tadi tersenyum sahaja.


MEKANIK BERWAJAH CERAH




Lalu beliau berjalan lagi, beliau terpanggil untuk mendekati seorang mekanik yang sedang membuat kerja dengan tersenyum lebar. Beliau mengajukan soalan yang sama, ' What are you doing ? ' . Mekanik tadi menjawab. Jawapannya membuat pelawat tadi terkesima dan tersenyum. Korang nak tahu dia jawab apa. Jawapannya :


' I am sending a man to the moon '. Walaupun dia sedang memasang skrew pada roket. - TAMAT-


Korang nampak tak betapa ketaranya perbezaan jawapan. Nabi sudah mengajar kita. Bila lagi nak amalkan. Pokoknya senyum, pasti segalanya hebat. Kerja ke, kata-kata ke, semuanya menjadi ikhlas dan hebat. InsyaAllah. ( Klik Sini )